Boy Iman kini kembali bertugas dan bekerja di DBI Technologies miliknya menjual rumah mampun milik kepada orang ramai.
Dato Boy Iman sebelum ini direman untuk siasatan kemudian telah dibebaskan.
Setelah banyak kecaman, Dato Boy Iman merancang untuk menulis pendedahan perkara sebenar yang berlaku ke atasnya.
Ini beberapa status yang dimuatnaik oleh Dato Boy Iman di laman media facebook miliknya.
STATUS PERTAMA:
“Banyaknya kecaman,
Mulai hari ini aku akan start menulis utk menceritakan perkara sebenar yang berlaku.
Atas nama Allah & Rasul!”
STATUS KEDUA:
“Part 1.
Aku nak bercerita dengan korang apa sebenarnya yg berlaku sehinggakan aku dikecam, ditembak, dihina, dikutuk dan diviralkan sampailah aku ditahan pihak polis selama 16 hari.
Aku baru keluar lokap x sampai seminggu.
Antara sejarah hitam dalam hidup aku.
Ini adalah kisah sebenar aku
Bukan rekaan, ciptaan, wayang pacak, teknik dan taktik dan semaksud dengannya.
class="p1" style="box-sizing: inherit; margin-bottom: 1.5em; padding: 0px;">
Terpulang korang nak percaya atau tidak.
Tapi ramai jer yg kenal aku, tau aku, mereka tau hal ini.
Bole rujuk dengan mereka, siasat, tanya polis yg simpan dan soal siasat aku selama 16 hari.
Lebih dari 20 pegawai penyiasat (I.O), pelbagai balai polis di hampir seluruh malaysia, dekat 8 mahkamah dan 8 DPP, majistret dan hakim aku bercerita & diadili atas nama “reman”.
Aku jugak x de masalah kalau nak junjung Al-Quran utk bersumpah atas nama Allah dan Rasul atas apa yg aku ceritakan.
Mukadimah utk aku memulakan penceritaan.
Cari mood dulu, x tau nak mula cerita dr mana, ni main ikut hati dan apa yg keluar setelah melalui mcm2 dan pendam lama dah.
Aku akan start bercerita ikut part by part bermula dengan part 1 nie.”
Nampaknya ramai yang tak sabar untuk mengetahui pendedahan lebih lanjut dari Dato Boy Iman.
Kena tunggu update terbaru dari Boy Iman menerusi FB miliknya.
Di ruang komen, macam biasa ramai yang terus mengecamnya dan masih tidak percaya dengan kata-kata Boy Iman. Adakah mungkin penjelasan Boy Iman nanti akan mengubah segalanya? Kita Tunggu.
Imbas kembali, pada hari Selasa (24 Oktober) yang lalu, Boy Iman memuatnaik foto terkininya dengan caption baru kembali hadir bekerja sebagai CEO syarikat DBi Group.
Ini perkongsian Boy Iman:
“Hari pertama bekerja setelah cuti panjang,
Menjalankan tugas, tanggungjawab dan amanah sebagai Group President & CEO di syarikat DBI Group.
Kembali mengetuai kapal perang DBI,
Setelah melalui “tsunami” yg membuatkan jiwa saya dan team dbirians semakin besar, semakin kental, semakin kuat dan semestinya semakin dahagakan kejayaan.
Insha-Allah, xde ujian dan dugaan yg kuat utk hamba-Nya yg kuat.
Jalan terus dan mara tetap mara!”
0 Response to "TERKINI: “AKU START MENULIS MENCERITAKAN PERKARA SEBENAR YANG BERLAKU. ATAS NAMA ALLAH & RASUL!”"
Post a Comment